Satu Dekad Berlalu Dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair Mengumumkan Tarikh Perletakan Jawatan
(Khamis, May 10, 2007 - Buletin Utama)
Satu dekad berlalu dan hari ini Perdana Menteri Britain, Tony Blair mengumumkan tarikh perletakan jawatan sebagai pemimpin negara itu.
Blair, akan meletak jawatan sebagai perdana menteri, 27 Jun ini.
Pengumuman dibuat Blair, kira-kira jam 7 petang tadi waktu Malaysia.
Sebagai permulaan, Blair terdahulu melepaskan tanggungjawabnya sebagai ketua parti buruh, dan untuk sementara waktu, meneruskan tugas ketua kerajaan sehingga penggantinya dipilih.
Blair, 54 tahun, sebelum itu membuat lawatan ke kawasan parlimennya, Sedge-Field untuk berucap kepada petugas "Trimdon Labour Club", yang menjadi tapak permulaan kempennya untuk menjadi ketua parti buruh pada 1994.
Sebelum itu, Blair mengadakan perjumpaan dengan anggota kabinet.
Kesediaan melepaskan jawatan sudah dibayangkan blair hampir tiga tahun lalu, apabila perdana menteri itu berkata pada 2004 bahawa penggal ketiganya, adalah yang terakhir.
Pengunduran Blair, menandakan permulaan penentuan siapa pengganti beliau.
Pun begitu, menteri kewangan, Gordon Brown, 56 tahun, sudah dilihat mendahului calon lain
Blair, cemerlang diawal kepimpinannya apabila dipilih sebagai perdana menteri pada 1997.
Dengan usia hampir menjejak 44 tahun, Blair mencipta sejarah politik Britain sebagai antara perdana menteri paling muda, selain membawa parti buruh menamatkan penguasaan parti konservatif dibawah pentadbiran Margeret Tatcher dan John Major.
Pengaruh parti buruh dibawah blair, tidak hanya membawa kemenangan besar pada pilihanraya 1997, malah berlanjutan pada pilihanraya 2001.
Biarpun sokongan berkurangan, kedudukan parti buruh masih selesa pada pilihanraya 2005.
Populariti Blair, bagaimanapun mula tercalar ekoran sokongan beliau terhadap kempen perang Bush di Iraq dan skandal pemberian anugerah negara sebagai balasan bantuan kewangan kepada parti buruh.
Friday, May 11, 2007
Monday, May 7, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)

